Hari ini, kita akan bersembang tentang 10 servis kereta yang WAJIB korang tahu untuk pastikan 'baby besi' korang sentiasa berada dalam tahap terbaik. Tak kira lah kalau korang seorang pemandu yang baru ataupun sudah veteran, servis kereta adalah sesuatu yang tak boleh main-main.
Bayangkan, kita semua nak kereta kita nampak cantik di luar, tapi di dalam, tak ambil port.
Pertama sekali, kami nak ingatkan – jangan sekali-kali alpa dengan kereta korang. Betul, mungkin nampak kuat dan tahan lasak. Tapi, tanpa penjagaan yang betul, satu hari nanti ia mungkin akan memberikan masalah yang tidak dijangka.
Tips Penjagaan Kereta Dengan Penuh Kasih Sayang - Terutama Pembeli Kereta Pertama
Kalau dah set, jom kita lihat sepuluh servis berkala yang harus kita amalkan untuk memastikan kereta kita sentiasa dalam kondisi yang tip-top:
Tukar Minyak Enjin & Penapis Minyak

Bayangkan minyak enjin seperti ‘energy drink’ untuk kereta anda. Ia melicinkan enjin, memastikan segalanya berjalan lancar dan mencegah overheating. Pastikan juga penapis minyak sentiasa bersih kerana komponen inilah yang yang memastikan minyak enjin kita bebas dari bendasing.
Tukar Air Filter

Kalau korang kaki berjoging atau hiking mesti korang cari lokasi-lokasi yang berudara segar dan bersih untuk bernafas kan? Begitu juga dengan enjin kereta kita. Air filter memastikan udara yang masuk ke enjin bersih dan segar. Kalau tak, enjin mungkin akan 'batuk-batuk'!
Tukar Cabin Filter

Bayangkan kalau udara dalam kereta anda penuh dengan debu dan alergen. Geli tak? Penapis kabin bekerja keras memastikan kita bernafas udara yang bersih setiap kali kita di dalam kereta. So, jangan biarkan kereta anda terus 'kepam', ganti penapis kabin dengan berkala!
Tukar Spark Plug

Spark plug ni ibarat lilin untuk enjin kereta. Apabila ia menyala dengan sempurna, barulah kereta korang dapat 'membakar’ dengan lancar. Jika plug uzur, prestasi kereta anda boleh menurun dan mungkin akan 'tercungap-cungap' atau knocking. Biasanya, spark plug ada bermacam jenis, dari platinum yang tahan 6 bulan sehinggalah ke jenis iridium yang tahan setahun.
Periksa Timing Belt & Hos

Timing Belt dan hos dalam kereta korang adalah seperti nadi dan urat. Mereka bekerja dalam diam, tetapi memainkan peranan yang penting dalam operasi harian kereta korang. Kalau rosak, siap-sedia dengan kos yang lebih besar dan juga kerosakan berjangkit pada komponen-komponen lain.
Brake Fluid Flush

Brake fluid adalah sejenis cecair hidraulik yang digunakan dalam aplikasi brek hidraulik dan klac hidraulik pada kereta. Ia digunakan untuk menukar daya kepada tekanan, dan untuk menguatkan kuasa brek. Pastikan korang buat brake fluid flush mengikut jadual. Barang nak pakai lama dan keselamatan adalah suatu keutamaan.
Coolant Flush

Tanpa cecair pendingin yang baik, aircond kereta korang boleh jadi panas dan 'meleleh'. Pastikan selalu check dan tukar untuk mengelakkan kereta korang. Nanti berlecak pula dalam kereta.
Tukar Transmission Fluid

Minyak ini ibarat 'pelincir' yang diperlukan oleh enjin. Tanpanya, transmisi atau gear shift korang mungkin meragam dan menyebabkan pemanduan tak selesa dan kasar. Inginkan perjalanan yang lancar dan mesra? Jangan lupa ganti transmission fluid!
Tukar Differential Oil

Differential oil melancarkan pemindahan kuasa dari driveshaft ke paksi roda melalui gear cincin dan pinion. Kalau nak pastikan sendi-sendi kereta sihat dan responsive, pastikan ganti minyak ini mengikut jadual servis kereta masing-masing.
Switch Tayar

Yang ini tips yang agak mudah dibuat tapi ramai abaikan mungkin sebab tak tahu. Tayar kereta anda perlu 'workout' yang seimbang! Dengan memindahkan tayar (depan ke belakang atau sebaliknya), anda dapat memastikan semua tayar mendapat ‘workout’ yang sama dan tahan lebih lama. Jadi, jika anda mahu kereta anda nampak 'sado' dan stabil, putar tayar secara berkala!
Kereta Macam Baru Keluar Kedai Kalau Sentiasa Dijaga Dengan Baik
Kalau ikut panduan-panduan di atas, setiap kali korang memandu kereta, ia akan memberikan korang seakan-akan baru saja ambil kunci kereta dari showroom!
Memang tak ada perasaan yang lebih memuaskan daripada memandu kereta yang sentiasa dalam keadaan terbaik. Jadi, jangan lalai dan pastikan kereta kesayangan korang dapat 'rawatan spa' yang mengikut jadual.
Selamat memandu dan nikmatilah setiap detik dengan kereta anda yang sentiasa berasa baru!