Memasuki fasa ke alam dewasa sudah semestinya merupakan satu pengalaman baharu lagi-lagi kepada graduan yang baru bekerja.
Dan selalunya mesti benda yang korang excited nak ada adalah sebuah kereta.
Tidak dinafikan kepentingan untuk mempunyai sebuah kereta merupakan satu keperluan pada masa kini.
Kereta bukan sahaja memudahkan perjalanan anda dari satu destinasi ke destinasi yang lain, malah dapat menjimatkan masa, duit, tenaga dan bnyak lagi.
Tapi nak beli kereta ni kena hati-hati tau supaya tidak membebankan kewangan di masa akan datang.
Beli Kereta Ikut Keperluan
Tujuan utama adanya kenderaan untuk memudahkan perjalanan dari point A ke point B. Jadi sebagai permulaan memeliki sebuah kereta, cari dan pilih kereta yang sesuai dengan bajet kalau dapat beli kereta second hand lagi bagus tapi tula nanti bnyak kos maintenance.
Kenapa kena beli kereta sesuai dengan bajet?
Supaya korang dapat belajar cara menjaga kereta dengan lebih baik dan boleh mengatur kewangan dengan lebih efisen.
Harga Kereta = 12 Bulan Gaji
Pastikan kereta yang kita pilih itu adalah SETAHUN pendapatan kita
Senang kira:
Harga Kereta = Gaji x 12 Bulan atau
Harga Kereta < Gaji x 12 Bulan
Contoh: Gaji RM 2,500
Harga Kereta = RM 2,500 x 12 Bulan = RM 30,000
Maksudnya kita hanya mampu beli kereta sekitar harganya RM 30,000 sahaja!
Kalau ikut kiraan ini korang mungkin mampu beli kereta seperti Saga ataupun 2nd hand, tapi tak salah untuk korang lebih sikit bajet untuk beli Iriz.
Ansuran Bulanan Tidak Lebih 15% Gaji
Sebagai contoh kalau gaji RM 3,000/sebulan, maka harga bulanan kereta dalam range RM 450/bulan.
Dinasihatkan untuk berpada-pada ketika memilih kereta mengikut kemampuan dan kiraan masing-masing.
Mana tau korang ada buat part-time/side income untuk cover kos bayar kereta, then dari situ dapat kurangkan bebanan bayar kereta.
Buat Pengiraan Bajet Bulanan dan Tahunan Kereta Terlebih Dahulu
- Roadtax
- Insurans
- Servis
- Minyak
Setiap kereta ada kos-kosnya yang tersendiri, jadi penting untuk korang buat survey untuk tau berapa perbelanjaan bulanan untuk jaga sebuah kereta.
Yang senarai kat atas tu perkara biasa perlu dibuat lepas memiliki sebuah kereta, tapi yang senarai dibawah ini yang orang kata perbelanjaan yang korang tak nampak tapi ada:
- Tol
- Parking
- Basuh Kereta
Jangan Beli Kereta Sebab Racun Kawan
Pernah dengar tak geng-geng baik beli kereta ni lagi best
atau…
kalau tambah sikit boleh dapat kereta macam ni
atau…
Alang-alang nak beli kann
Pernah kan? hahahaha, jangan dengar cakap member, kalau mintak pandangan diorang, memang pilihan korang tu tak akan ngam dengan cita rasa diorang.
Tapi yang nak beli kereta, nak pakai kereta, yang bayar bulan-bulan tu diri kita sendiri. Jadi diri sendiri jaa tau semampu mana kita boleh bayar komitmen bulanan kereta.
Rajinkan tangan, mulut untuk buat research dan bertanya kepada SA tentang kos-kos yang ada pada kereta yang anda pilih.


