cara bayar loan kereta proton online mengikut bank
Tarikh: 29 November 2023
Penulis: MyProton.Co

Seronok kan bila dapat beli kereta sendiri. Dah settle sign agreement dengan bank, kunci kereta pon dah dapat, dah boleh guna kereta sendiri.

Untuk yang pertama kali pengalaman beli kereta mesti macam blur nak bayar loan ni macam mana, selalunya banker akan terangkan step by step cara pembayaran. But in case korang lupa jadi kami terangkan semula cara-caranya.

Btw nak senang tengok, korang login akaun bank melalui komputer, laptop, tablet atau ipad korang tau. Sebab screen besar jadi lagi senang nak nampak dan lebih jelas.

Just follow beberapa langkah dibawah:

Cara Bayar Loan Kereta Melalui Maybank

Sekiranya membuat pinjaman untuk kenderaan melalui Maybank, anda perlu terlebih dahulu mendaftar akaun Online Banking Maybank

Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan di Maybank:

Pembayaran Melalui M2U

  • Bayar melalui M2U - maybank2u.com.my
  • Pergi ke "M2U"
  • Pilih "Pay & Transfer"
  • Pilih "Pay"
  • Pilih "Payee"
  • Pilih "Maybank Hire Purchase"
  • Masukkan "Amount and Effective Payment Date"
  • "Set Recurring" & pilih "Effective Start & End Dates" jika anda mahu pembayaran anda ditolak secara automatik pada setiap bulan untuk bulan-bulan berikutnya.
  • Permintaan untuk:
    • "Secure Verification", Anda akan menerima pemberitahuan pada telefon anda untuk membenarkan transaksi ini pada aplikasi Maybank baharu; atau
    • "Secure TAC", Masukkan 6 digit nombor TAC yang dijana daripada aplikasi Maybank baharu anda; atau
    • "SMS TAC", Terima TAC 6 digit melalui SMS untuk membenarkan transaksi
  • "Transaction Successful"

Pembayaran Melalui Apps MAE

  • Pergi ke apllikasi "MAE".
  • Pilih “Maybank2u”
  • Masukkan PIN 6 digit anda
  • Pilih "Loan"
  • Pilih "Loan Account"
  • Klik “Pay Loan”
  • Pilih sama ada "Monthly Instalment Amount" atau "Monthly Instalment Due" atau "Any Amount"
    • "Monthly Instalment Amount", jumlah itu akan diisi secara automatik
    • "Monthly Instalment Due", masukkan jumlah yang perlu dibayar dalam kalkulator
    • "Any Amount", masukkan sebarang jumlah
  • Pilih "Crediting Account"
  • Klik “Pay Now”
  • Pilih "Accept" atau "Reject" untuk Secure Verification
  • “Transaction Successful”

Cara Bayar Loan Kereta Melalui CIMB Bank

Sekiranya membuat pinjaman untuk kenderaan melalui CIMB, anda perlu terlebih dahulu mendaftar akaun Online Banking CIMB

Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan di CIMB:

Pembayaran Melalui CIMB Clicks

  • Layari website https://www.cimbclicks.com.my
  • Pilih “Pay & Transfer”.
  • Pilih “Pay Loans & Cards”.
  • Masukkan Nombor Akaun Pinjaman atau Nombor Kad, atau pilih daripada senarai lungsur turun "My  Own Account" atau "Recent/Favourite".
  • Masukkan butiran pembayaran anda:
    • Bayaran dari akaun mana
    • Jumlah dan Tarikh Pembayaran
    • Arahan Transaksi
  • Semak butiran pembayaran & Klik 'Make Payment'

Tips: Lihat Baki Pembiayaan/Kad Kredit Anda Dengan Mudah Melalui CIMB Clicks

  • Pergi ke "My Account"
  • Klik pada "Credit Cards" atau "Loans/Financing" untuk melihat akaun*.

*Statement/Outstanding balance & transaction history.

Pembayaran melalui aplikasi CIMB Clicks

Lanch CIMB Clicks App

  • Pilih “Top Up & Payments”
  • Pilih “Pay Loans & Cards””
  • Log masuk dengan ID biometrik (ID Wajah/Cap Jari) atau kata laluan (jika anda tidak mengaktifkan ID biometrik perlu mengesahkan Secureword anda).
  • Masukkan Akaun Pinjaman atau Nombor Kad, atau pilih daripada senarai juntai bawah 'My  Own Account' atau 'Recent/Favourite'.
  • Masukkan butiran pembayaran anda:
    • Bayaran dari akaun mana
    • Jumlah dan Tarikh Pembayaran
    • Arahan Transaksi
  • Semak butiran pembayaran & Klik 'Make Payment'

Cara Bayar Loan Kereta Melalui RHB Bank

Sekiranya membuat pinjaman untuk kenderaan melalui RHB Bank, anda perlu terlebih dahulu mendaftar akaun Online Banking RHB Bank.

Berikut adalah senarai banyak kaedah pembayaran untuk pinjaman kereta:

  • Layari website https://onlinebanking.rhbgroup.com/my/login
  • Login akaun anda.
  • Pilih Billpay> Other Biller> Open Payment>
  • Memasukkan OTP yang diterima
  • Cari “RHB / RHBIB Auto Finance (HP)” klik  Next
  • Masukkan jumlah yang nak/perlu dibayar > Klik ‘Continue’
  • Selesai pembayaran anda

Cara Bayar Loan Kereta Melalui Public Bank

 Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan Public Bank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking PBe Bank  anda. Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan:

  • Layari website https://www.pbebank.com/
  • Login akaun anda.
  • Pilih 'Pembayaran'
  • Pilih ‘PB Loan/Financing Payment’
  • Pilih pada 'Ke Akaun Lain / To Other Account' atau 'Ke Akaun Kegemaran / To Favourite Account'
  • Pilih 'Dari Akaun / From Account' anda
  • Masukkan nombor akaun pinjaman/pembiayaan dalam No Akaun Penerima
  • Masukkan butiran yang diperlukan (Nama Penerima, Bank dan No. Akaun)
  • Masukkan Amaun (RM) dan klik pada ‘Next’
  • Benarkan transaksi dengan PB SecureSign atau SecureSign Token

Cara Bayar Loan Kereta Melalui Ambank

Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan AMBank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking AM Bank anda. Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan:

  • layari https://ambank.amonline.com.my
  • Login akaun anda.
  • Pilih Pay & Transfer.
  • Pilih Pay Loans/Financing.
  • Pilih From Account.
  • Pilih Fav Account untuk membayar akaun masing-masing.
  • Masukkan maklumat seperti Amaun, No Contract/no plat dan lain-lain, klik Next.
  • Click Confirm, untuk selesaikan pembayaran.

Cara Bayar Loan Kereta Melalui Affin Bank

Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan Affin Bank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking Affin Bank anda. Berikut adalah cara pembayaran loan kenderaan:

  • Layari website https://rib.affinonline.com/retail/
  • Login akaun anda.
  • Pilih menu My Accounts > Loan/Financing.
  • Masukkan jumlah bayaran (Amount)
  • Click Confirm, untuk selesaikan pembayaran.
Tag Berkaitan: ,
Kongsikan Artikel Ini di Pelbagai Medium

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

carmagnifiercross