air paip vs coolant mana yang bagus untuk radiator kereta?
Tarikh: 30 November 2023
Penulis: Saiful Azreen

Pernah tak kereta overheat? Mesti rasa gelabah tak tau nak buat apa kan?

Benda pertama korang kena buat ialah check coolant dulu. Tengok karat ke tak. Kalau karat, kena buat radiator servis ( tips: jgn guna air paip. Guna air suling atau lebih bagus guna coolant ).

Alang-alang tu tukar thermostart sekali. Tengok upper hose dengan lower hose keras ke tak. Kalau keras kena tukar. Takut bahagian dalam terhakis, tersumbat. Boleh jadi punca overheat.

Last sekali tengok fan motor okey ke tak. Kadang fan motor dah rosak. Check fuse dia. kalau fuse okey, ketok kat tengah fan motor. Takut berhabuk sampai fan motor jem.

Boleh Ke Guna Air Paip?

Sebenarnya air paiplah punca korang punya bahagian radiator tu berkarat, sebab apabila besi dengan air bercampur akan berlaku pengoksidaan. Dan warna coklat yang terhasil dalam air tu ialah karat.

Bahaya karat ni boleh buat korang punya radiator tersumbat.

Jadi kesimpulannya tak bagus guna air paip sebagai cecair untuk radiator korang melainkan korang dah tak ada option lain.

Kelemahan Menggunakan Air Sebagai Cecair Penyejuk

Mudah Berkarat:

Air paip mempunyai sifat korosif yang boleh menyebabkan komponen dalam sistem penyejuk, terutamanya blok enjin dan radiator, menjadi berkarat. Ini boleh merosakkan prestasi dan jangka hayat enjin.

Kehilangan Prestasi:

Air paip kurang efisien dalam mengekalkan suhu enjin pada tahap yang optimum. Ini boleh menyebabkan peningkatan suhu enjin, yang boleh merosakkan komponen enjin dan mengurangkan prestasi kenderaan.

Kelebihan Menggunakan Coolant Sebagai Cecair Penyejuk

Perlindungan Terhadap Karat:

Coolant mengandungi bahan penambah yang membantu melindungi komponen enjin daripada karat.

Penyejukan Lebih Efisien:

Coolant direka untuk mengekalkan suhu enjin pada tahap yang optimum, menjadikannya lebih efisien dalam mengekalkan prestasi kenderaan dan jangka hayat enjin.

Pelbagai Jenis:

Terdapat pelbagai jenis coolant yang direka khas untuk pelbagai jenis kenderaan dan keperluan, termasuk coolant organik dan coolant silikat.

Ini membolehkan pemilik kenderaan memilih jenis coolant yang sesuai dengan keperluan mereka.

Jadi, walaupun boleh menggunakan air paip sebagai cecair penyejuk dalam radiator, lebih baik menggunakan coolant yang direka khas untuk memastikan perlindungan yang lebih baik bagi sistem penyejuk dan enjin kenderaan anda.

Tag Berkaitan: , ,
Kongsikan Artikel Ini di Pelbagai Medium

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

carmagnifiercross