dikongsi oleh pengguna Facebook: Ahmad Siddiq Adnan
- Tank minyak besar 60liter. Kalau full tank RON95 (harga semasa) adalah around RM120. Jarak perjalanan full tank adalah lebih kurang ~750KM theoretical estimated milage
- Berkenaan dengan penggunaan minyak, ianya bergantung kepada disiplin kaki masing2. Kalau tekannya lembut, maka lambatlah lagi persinggahan di stesyen minyak. Minyak sgt jimat. 80km/j = 1400rpm. 110km/j = 2000rpm
- Kereta ni bukan underpowered. Jangan pandang rendah keupayaan enjin 1.5 turbo hybrid. 48v hybrid sangat membantu utk bagi extra output kpd enjin. Saya dah bawa naik genting. Dan macam biasalah, ada la kereta2 yang perlu sampai ke atas dengan cepat. Dan tanpa segan silunya x90 ni mampu memberikan saingan yang hebat keatas kereta2 yang lain. Anda hanya perlu guna manual (tolak gear ke kiri Dan kanan)
- Dalam kabin tak dengar bunyi enjin. Kalau di luar, bunyi engine macam bunyi pikap trak.
- x90 sangat stabil Dan very low NVH. Not sure about isu bunyi angin kuat di pintu tapi ianya tidak berlaku dkt kereta saya. Tapi saya perasan mereka pasang getah tebal juga di atas pintu. Oh sebab tu, disadvantage bagi saya sebagai pemandu kereta ni adalah.. kita tak sedar tengah laju. Pejam celik dah tetiba 120km/j. Nasib baik ada overspeed alert.
- Perlu realistik. Anda Perlu bersedia juga maintenance sebab kereta adalah wear and tear. Tayar sebijik RM900 utk EcoContact 235/50 R19. Bateri DIN55L ~ RM250-300. Dan segala mak nenek elektronik dan sensor perlu dijaga juga. Lebih banyak benda yg rosak, lebih lebar senyuman Proton Servis.
- Kalau tak nak bunyi bising semasa pemanduan.. boleh turn off ADAS yang melibatkan warning. Kalau tak sepanjang pemanduan akan dengar bunyi panggilan dalam flight sepanjang masa. Saya personally turn off RSRS Sound Dan TDI Speed Limit Warning. But don't get me wrong, ADAS banyak bantu pemanduan Dan sgt recommended utk turn on. Sebab kereta ni besar gedabak. Lane besar tu je. So kalau terkeluar sikit, akan cecah terus lane. Lain la kereta kecik.
- Ada 2 app boleh guna utk control kereta Dari jauh (start kereta/turunkan tingkap/dll). ATLAS Auto Dan PROTON Link. Duno why perlu ada 2 app yang buat benda yang sama Dan perlukan authentication (username/password) yang sama.
- Sama-sama kita doakan pihak ATLAS dibukakan hati untuk implement Android Auto / Apple CarPlay. Ianya near to impossible out of factory sebab kereta ni datang Dari China (Geely Haoyue/Okavango).
- Anda boleh masuk Engineering Mode. System > System Message > About IHU > tekan 7 saat di angka sebelah MAC Address > Masukkan password dy5391. Tapi all menu dlm Chinese. Saya tak galakkan anda masuk Engineering Mode tanpa tanda angguk Dari Proton.
- Smartglide memang function. Tapi jgn expect full hybrid system la. Paling lama 5-10 min lpstu bateri kena cas balik
X90 sangat spacious, enginenya mantap Dan cukup powerful. Bukan kereta 5+2 tetapi a proper 7 seater car. Very good car. Tapi bagi saya personally, x90 ni overkill sebab saya single dan tak ada keperluan utk bawa ramai org pada suatu masa.