senarai takaful dan hibah yang sesuai di ambil oleh golongan yang baru bekerja
Tarikh: 7 November 2023
Penulis: Saiful Azreen

Artikel ini ditulis bagi membantu anda fahami fungsi takaful sebagai perlindungan kepada diri anda sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Secara asasnya takaful diambil dengan tujuan untuk menyediakan sekuriti kewangan di masa akan datang sekiranya memerlukan kos untuk merawat penyakit.

Pentingnya Takaful Sebagai Perlindungan Kewangan

Dalam kehidupan moden yang penuh dengan ketidakpastian, penyakit, dan risiko kewangan, perlindungan adalah keperluan asas. Takaful bertindak sebagai alternatif yang boleh dipercayai untuk menjaga kewangan kita dan keluarga kita dalam situasi yang tidak diingini.

Ini termasuk rawatan penyakit yang memerlukan perbelanjaan kewangan yang besar.

Sesetengah penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, atau diabetes memerlukan rawatan yang mahal dan berterusan.

Tanpa perlindungan yang mencukupi, individu atau keluarga mungkin menghadapi tekanan kewangan yang besar.

Takaful berperanan sebagai penyedia perlindungan yang dapat membantu melindungi kita daripada beban kewangan yang terlalu besar apabila kita dihadapkan dengan keadaan ini.

Antara Pelan Takaful Yang Bagus dan Sesuai Dengan Bajet Bagi Graduan Yang Baru Bekerja

  • Sun Prime Link-i oleh SunLife
  • A-LifeLink 2 oleh AIA
  • PruBSN Damai oleh Prudential

Sun Prime Link-i oleh SunLife

sunlife plan

Website: www.sunlifemalaysia.com

Perlindungan Takaful Yang Komprehensif dan Boleh Disesuaikan

  • Didatangkan dengan perlindungan kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD).
  • Pelbagai penunggang pilihan yang anda boleh pilih untuk memadankan keperluan perlindungan perubatan, penyakit kritikal, kemalangan dan hilang upaya anda.
  • Tentukan berapa banyak perlindungan dan jenis perlindungan yang anda perlukan untuk disesuaikan dengan gaya hidup dan keadaan peribadi anda.

Jumlah Caruman dan Perlindungan Yang Fleksibel

  • Nikmati faedah pelan ini dengan sumbangan mampu milik dari serendah RM150 sebulan.
  • Semasa anda memulakan pengalaman hidup baharu dan mempunyai keperluan perlindungan yang berbeza, anda mempunyai fleksibiliti untuk mengubah tahap perlindungan dan sumbangan anda.
  • Anda juga boleh menambah nilai pelaburan anda melalui tambah nilai berjadual atau tunggal atau mengeluarkan pelaburan anda pada masa yang diperlukan.

Pilihan Dana Berkaitan Pelaburan

Pilih daripada dana berkaitan pelaburan yang diuruskan secara profesional mengikut tahap toleransi risiko anda untuk memenuhi keperluan pelaburan anda.

Faedah Kematangan (Maturity Benefit)

Untuk tempoh kontrak sehingga umur 99 tahun, jumlah perlindungan asas ditambah dengan jumlah nilai akaun, ditolak sebarang keberhutangan akan dibayar apabila orang yang dilindungi bertahan sehingga tamat tempoh kontrak (umur 99).

Untuk tempoh kontrak sehingga umur 70, 80 dan 30 tahun tetap, selepas lanjutan perlindungan takaful, jumlah perlindungan asas ditambah dengan jumlah nilai akaun, ditolak sebarang keterhutangan akan dibayar apabila orang yang dilindungi bertahan sehingga tamat tempoh kontrak lanjutan ( umur 99).

Tambahan Perlindungan Takaful (kontrak tamat pada umur 70 tahun, umur 80 tahun dan tempoh kontrak 30 tahun)

Apabila kontrak tamat, perlindungan takaful akan dilanjutkan sehingga umur 99 tahun, tertakluk kepada keperluan caruman tambahan. Tiada pengunderaitan (underwriting) diperlukan untuk lanjutan perlindungan takaful ini.

A-LifeLink 2 oleh AIA

prudential plan

Website: aia.com.my

Perlindungan dan Simpanan Dalam Satu Pelan

A-LifeLink 2 meliputi Kematian dan Total dan Kekal Hilang Upaya (TPD). Terdapat Dana Berkaitan Pelaburan tersedia untuk keperluan simpanan anda dan pelbagai jenis faedah pilihan untuk meningkatkan lagi perlindungan anda pada perubatan, penyakit kritikal, kemalangan dan hilang upaya.

Fleksibiliti Dalam Perlindungan dan Simpanan

Anda mempunyai fleksibiliti untuk:

  • Tukar jumlah perlindungan anda mengikut keperluan anda.
  • Lebih jimat apabila anda mempunyai wang tambahan atau mengeluarkan
    wang itu apabila anda memerlukannya.

Bonus Ulang Tahun

Bonus Ulang Tahun meningkatkan perlindungan anda sebanyak 1% setiap tahun². Ini akan bermula dari awal tahun polisi ke-2 sehingga 120% daripada jumlah perlindungan dicapai.

Investment Linked Fund Yang Sesuai Dengan Keperluan Anda

Anda boleh memilih bagaimana wang anda dilaburkan dengan menukar dana bila-bila masa anda mahu, tanpa sebarang kos.

PruBSN Damai oleh Prudential

aia plan

Website: prubsn.com.my

Pakej solusi perubatan yang komprehensif dan moden untuk mengurangkan kebimbangan anda tentang penjagaan kesihatan dan ketidaktentuan kehidupan yang lain.

Dengan pelan takaful patuh Syariah, anda boleh mendapatkan perlindungan sehingga umur 100 tahun untuk kematian, hilang upaya menyeluruh dan kekal, perubatan dan kemasukan ke hospital, penyakit kritikal, kemalangan dan banyak lagi.

Pakej Permulaan Komprehensif 5 dalam 1

Perlindungan Hayat dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh - PruBSN AnugerahPlus RM 25,000

Perubatan - Medic TotalCare (SmartSaver / High Deductible) - Pelan RM 150 Had Tahunan RM 150,000

Kemalangan (Bayaran Sekaligus) - Accidental Protector Plus RM 25,000

Kemalangan (Bayaran Balik) - Accidental Medical Protector RM 2000

Penyakit Kritikal (Dikurangkan) - Crisis Shield RM 20,000

Tag Berkaitan: ,
Kongsikan Artikel Ini di Pelbagai Medium

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

carmagnifiercross