Mempunyai dashcam menyelamatkan anda daripada banyak masalah, terutamanya apabila berlaku perlanggaran. Korang akan ada bukti kukuh apabila buat report di balai polis berkaitan kemalangan dan lain-lain.
Sebelum tu, basic Dashcam yang kena tahu:
Dashcam kereta ni ada entry level, midrange dan high-end. Harga dari RM100-RM3,000.
Top brand datang dari Korea, Europe. Majoriti dari China.
Dashcam ni shoot video looping. Ia akan replace video yang awal jika memory card penuh.
- Bateri vs Kapasitor
- Kualiti Video
- Parking Mode
- Extra
- Cadangan Dashcam
Bateri VS Kapasitor

Dashcam murah China banyak guna bateri. Kurang sesuai kat cuaca negara kita (unit cepat panas). Bila overheat, dia turn-off dan tak record.
Kapasitor lebih reliable, heat-resistance dan lebih selamat.
Kebanyakkan owner kereta akan guna yang kapasitor, sebab isu keselamatan.
Kualiti Video

Macam kamera smartphone, setiap manufacturer ada preference sendiri bab colour, sharpness dsb.
Matlamat utama bukan nak video paling cantik. Tapi yang boleh rekod detail (no plat) bila diperlukan.
Dashcam 4K, kualitinya 4x ganda dari FHD. Lebih jelas.
Tapi kalau boleh cari Dashcam yg boleh rekod frame-rate tinggi (60fps).
Kenapa?
Dengan frame rate lebih tinggi, 'data video' lebih banyak setiap saat. Kita boleh pause video, zoom dan nampak nombor plat walaupun ketika bawa kereta 120km/j.
Majoriti Dashcam blur bila laju.
Parking Mode
Dashcam yang ada parking mode berfungsi untuk rekod ketika kereta parking/berhenti. Banyak Dashcam ada parking mode dengan ciri berbeza.
Ada yang rekod timelapse, rekod motion bila ada benda bergerak atau rekod hentakan/langgar dan lain-lain.
Macam saya prefer kalau ada hentakan baru rekod.
Apa beza guna Dashcam mahal?, kebanyakkan ada ‘Buffered Parking Mode'.
Maksudnya, ia akan rekod 5-10 saat sebelum hentakan berlaku. Bukan dah kena langgar baru start recording.
Tapi nak guna parking mode, kena Hardwire ke bateri kereta. Pastikan boleh adjust voltage (elak bateri kong).
Kalau bateri kong nanti tak sampai setahun dah kena tukar bateri baru. Kebanykkan pemilik kereta yang guna dashcam akan dapat masalah ini.
Extra
Berikut ialah senarai ringkas tentang perkara yang membezakan pelbagai dashcam di market:
Ada dashcam kena tekan butang rekod setiap kali masuk kereta. Ada yang hidupkan enjin je dia terus record.
Ada dashcam korang kena keluarkan memory card utk transfer video. Ada yang guna wifi je.
Ada dashcam yang built-in GPS. Ada yang kena beli device lain. GPS ni dapat tahu exact location kereta, laju kereta dalam video korang.
Saiz video 4k 1 minit = 300MB. Kalau guna memory card 128GB, 4 jam je dia dah replace video yang mula-mula. Kena bear in mind benda tu
Setiap dashcam berbeza Field Of View (FOV) ikut jenama. Ada yang 130’, 150’, 180’ dan lain-lain. Makin besar makin luas dan wide pandangan.
Ada dashcam kita boleh check online guna smartphone. Kita kat ofis, boleh check dashcam kereta yang wife tengah bawa. Tapi kena ada internet.
Ada dashcam yang ada fungsi tambahan seperti Line Departure warning, ADAS yang alert bila nak langgar kereta depan dsb. Biasanya dashcam jenis ni yang high-end.
Bila kita eksiden, ada dashcam boleh lock footage video tu automatic (ada sensor). Jadi video baru takkan replace video tu.
Kebanyakkan Dashcam boleh set berapa durasi fail setiap video. 1 minit, 3 minit, 5 minit, 10 minit dsb.
Maksudnya, bila kita set 3 minit, semua video dalam fail kita durasi 3 minit. Sampailah penuh memory card.
Pilih memory card paling besar dan high end kalau mampu.
Cadangan Dashcam?
Ikut kemampuan.
Tapi.
Kalau boleh cari yang guna kapasitor + 4K kualiti video + Boleh rekod depan belakang + ada Parking Mode + Customer Service di Malaysia.
Ada jenama yang bagus di luar negara, tapi takde distributor kat Malaysia. Jadi risiko kalau rosak.


