Dikongsikan oleh Encik Faiz didalam akaun TikToknya.
Buy Now Pay Later atau dikenali sebagai BNPL seperti ShopeePay, Atome, GrabPay dan lain-lain akan effect CCRIS ataupun CTOS tak?
Ada dua jawapan:
Rekod BNPL tidak akan masuk kedalam CCRIS sebab syarikat yang tawarkan perkhidmatan ini bukannya bank atau institusi kewangan
Maka mereka tidak perlu report you guys punya rekod pembayaran balik kepada CCRIS.
Kalau ada masalah seperti lambat bayar sebagai contoh ShopeePay, Pihak ShopeePay tidak boleh lapor you punya kesalahan-kesalahan ataupun keculasan untuk membayar semula installment tersebut.
Apabila apply loan dengan mana-mana bank, pihak bank tidak akan nampak pinjaman-pinjaman ShopeePay, Atome, GrabPay dan lain-lain.
Akan tetapi syarikat yang menawarkan BNPL boleh report you punya nama kepada CTOS.
Mereka akan mention you punya default berapa banyak, penalty yang you kena bayar dan total amount you you perlu bayar balik untuk clearkan nama korang daripada CTOS.
Untuk pengetahuan CTOS adalah private company, yang dimana dia bukan sahaja mengambil data daripda CCRIS, malah maklumat daripada pelbagai sumber, seperti: mahkamah, majlis pembadaraan, ShopeePay, Atome dan lain-lain.
By default institusi diatas akan failkan report kedalam sistem CTOS, dan nama you akan tak berapa cantik dalam rekod CTOS.
Okey korang fahamkan.
@financialfaiz Replying to @tobeleghon_ Shopeepay atau Atome ni ada CCRIS atau CTOS ke? Bagus ke gunakan Buy Now Pay Later (BNPL)? (Part 1) #financialfaiz #buynowpaylater #creditscore #TikTokGuru ♬ Last Hope - Steve Ralph
Let say korang apply loan daripada bank yang pilih untuk semak CTOS rekod pemohon seperti apply for pinjaman rumah, pinjaman kereta dan produk-produk yang tinngi nilainya.
Sudah semestinya bank nak check rekod pemohon ni bagus atau tidak sebagai diorang punya due deligence. Berkemungkinan CCRIS rekod di cantik, tapi CTOS rekod macam pulak?
Kalau CTOS rekod tak bagus memang automatik bank akan reject you guys punya application.
Masa ni korang kene buat full settlement untuk selesaikan hutang-hutang yang tertunggak untuk bersihkan nama you dalam CTOS.
Di mata bank, once you dah ada rekod tak bagus dekat sistem CTOS, diorang dah faham yang you ni peminjam yang tak bagus.
Jadi kalau boleh kita nak elakkan benda ini daripada berlaku.
Sebagai nasihat, kalau tak mampu untuk beli adalah lebih baik untung tidak berhutang kerana most of the time BNPL aka nada cas-cas tertentu seperti bunga atau management fee.
Unless benda you nak berhutang tu penting then you pandai-pandai boleh buat keputusan sendiri.


