maksud bsg yang ada pada model kereta proton x90
Tarikh: 11 Mei 2023
Penulis: Saiful Azreen

Proton X90. SUV 6 dan 7 tempat duduk dari Proton.

Ada 4-varian.

  • Proton X90 1.5 TGDi BSG Standard
  • Proton X90 1.5 TGDi BSG Executive
  • Proton X90 1.5 TGDi BSG Premium
  • Proton X90 1.5 TGDi BSG Premium.

Kalau korang perasan, semuanya ada BSG. Jadinya ada yang bertanyakan maksud BSG.

Jika DSG tu diorang tahulah, transmisi dwi klac dari Volkswagen.

BSG tak ada kaitan dengan DSG dan ianya bukanlah sistem transmisi.

Maksud BSG adalah "Belt driven Starter Generator"

Ianya merupakan satu sistem hibrid yang menggunakan satu sistem integrasi Alternator Starter dan Generator. Di dalam sistem ini secara general mempunyai tali sawat seperti tali sawat alternator, tetapi tidak seperti alternator yang hanya boleh mengecas bateri kereta sahaja, sistem integrasi ini juga boleh beri "power" kepada kereta, dengan memacu tali sawat tersebut untuk menambah kuasa dan tork.

Di dalam bab operasi (general), sistem integrasi ini digunakan sebagai penghidup kereta (starter), kemudian apabila enjin telah dihidupkan, ianya akan mengecas bateri, biasanya menggunakan bateri lithium, dan selepas itu bateri tersebut boleh menghantar cas elektrik kepada sistem integrasi itu untuk menjadikan sistem integrasi tersebut sebagai motor elektrik bagi menambahkan kuasa dan tork.

Bermakna, sistem ini ibarat menjadi satu sistem integrasi starter, alternator dan motor elektrik.

Starter untuk hidupkan enjin, alternator untuk cas bateri dan motor (generator) untuk memacu tali sawat kepada enjin bagi memberikan kuasa dan tork tambahan.

Mild Hybrid di Dalam BSG

capture

Sistem ini sangat terkenal digunakan oleh pengeluar kereta Jerman yang digelar Mild Hybrid 48 volt, kereta-kereta Jepun agak kurang yang gunakannya. Antara kereta yang menggunakan teknologi BSG ialah Toyota Prius, yang di mana ianya meningkatkan kecekapan penggunaan minyak sehingga 15%. Jadinya mestilah korang boleh agak mengapa harga X90 semuanya berharga 6-angka.

Integrasi teknologi mild hybrid membolehkan kenderaan itu mempunyai pelbagai fungsi kenderaan elektrik. Antaranya ialah:

Intelligent Smart & Stop – Sistem memotong penyalaan apabila kuasa enjin tidak diperlukan seperti semasa trafik atau masa menunggu, meluncur atau semasa membrek.
Smart Sailing – Enjin dimatikan secara automatik semasa meluncur pada kelajuan tinggi, dengan syarat kuasa mencukupi.
Energy Recycle - Kenderaan menangkap tenaga menggunakan brek regeneratif. Semasa brek atau nyahpecutan, tenaga kinetik kereta sedang ditukar dan disimpan sebagai tenaga elektrik dalam bateri.

Antara kereta Jepun yang terawal menggunakannya adalah Suzuki Swift 2016, namun pada waktu itu ianya menggunakan sistem Mild Hybrid 12 volt sahaja, dapatlah tambah kuasa 3.1 ps dan tork 10 Nm, tetapi dapat jimat banyak bahanapi kerana badan Swift tidaklah berat mana.

Namun beberapa tahun selepas itu Suzuki pun telah mula menggunakan Mild Hybrid 48 volt, antaranya Swift Sport Hybrid ZC33S, dapat tambah 14 ps dan 50 Nm. Model ini tak masuk Malaysia, di Singapura ada masuk secara rasmi pada tahun 2021.

Sistem BSG di Dalam Proton X90

Bagi Proton X90, sistem BSG mempunyai kuasa maksimum sebanyak 14 ps dan tork maksimum 52 Nm.

Semua X90 dilengkapi dengan enjin 1.5L 3-silinder TGDI, kuasa maksimum enjin 177 ps / 5500 rpm, tork maksimum pula 255 Nm @ 1500 - 4000 rpm. Transmisi 7-kelajuan dwi klac, hanya pacuan hadapan sahaja yang ditawarkan.

Kombinasi enjin dan sistam BSG mampu memberikan kuasa maksimum 190 ps dan tork maksimum 300 Nm.

Bagi aku lebih dari cukup dah. Dengan transmisi 7-kelajuan dwi klac serta berat badan antara 1730 kg hingga 1743 kg, kuasa maksimum per tan menjadi 109 ps per tan.

Dalam brosur tidak dinyatakan masa 0-100 kmsj dan kelajuan maksimum, namun aku rasa dengan 109 ps per tan, jika dengan nisbah gear yang bagus, 0-100 kmsj mungkin boleh dapat di bawah 10 saat, kelajuan maksimum aku rasa mungkin dapat cecah 200 kmsj.

Sistem BSG bukan hanya untuk tambah "power", tetapi aku rasa tujuan utamanya adalah untuk menjimatkan bahanapi serta dapat mengurangkan kadar pengeluaran gas berbahaya dari ekzos.

Proton kata penggunaan bahanapi pada kadar 6.8 liter per 100 km. Agak jimat jugalah, 14.7 km per liter.

Bergantung kepada kaki kanan masing-masinglah ya, macam aku ni susahlah sikit.

Dalam brosur Honda BR-V facelift 2020 tulis penggunaan bahan api 6.4 liter per 100 km, atau 15.6 km per liter, namun aku tak pernah dapat pun 15.6 km per liter, biasanya antara 10 ke 13 km per liter sahaja masa "long distance" dengan BR-V bini aku, tapi jika bini aku yang pandu, selamba je boleh dapat sampai lebih dari 16 km per liter.

Nak pulak dibandingkan dengan Honda WRV yang hanya mempunyai 122HP, Proton X90 mempunyai 177 HP.

Jadinya jangan percaya sangatlah. Ingatlah, minyak kuat ke minyak jimat, semuanya bergantung kepada kaki kita. Lagi sedap tekan, lagi sedap kereta tu sedut petrol sampai kering tangki. Jom tengok sekali tips maintenance X90 kalau korang nak tahu.

Kongsikan Artikel Ini di Pelbagai Medium

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

carmagnifiercross