tips penjagaan kereta proton baru anda
Tarikh: 16 November 2023
Penulis: Saiful Azreen

Membeli sebuah kenderaan merupakan satu pencapaian yang seronok dan memuaskan.

Jadi mulalah tanggungjawab anda sebagai pemililk kereta untuk membayar pinjaman bulanan dan menjaga kereta supaya sentiasa dalam keadaan baik dan tahan lebih lama.

Selain ingin menikmati pengalaman memandu kereta baru yang ‘fresh’ dari kilang, tentu anda juga nak pastikan kereta anda tahan lama.

Seperti yang kita semua sedia maklum, penjagaan kereta adalah sangat penting, terutamanya buat pemilik-pemilik kereta Proton, dan menjaga kereta bukannya sesuatu perkara yang leceh untuk dibuat.

Jadi kami kongsikan kepada anda benda-benda basic yang perlu di ambil tahu, disamping mengikut jadual servis yang diberikan oleh pihak Proton.

Minyak Enjin

Ganti minyak dan penapis minyak enjin secara berkala mengikut manual kenderaan.

Pemeriksaan berkala boleh membantu kita mengesan situasi minyak enjin berkurangan mendadak yang mungkin disebabkan kebocoran enjin.

Apabila ini berlaku, kenderaan anda itu, tidak kira motosikal atau kereta, mungkin rasa lebih ringan, tetapi sebenarnya berisiko memudaratkan komponen enjin.

Dari - PanduLaju.Com.My

Penapis Udara

Ganti penapis udara dapat memastikan kebersihan dalaman enjin dan mengekalkan prestasi enjin.

Penapis udara berfungsi mengawal aliran udara dan membantu menghalang kotoran dan bendasing daripada masuk ke dalam bahagian enjin yang boleh merosakkan merosakkan kompenan tersebut. 

Car air filter atau penapis udara kereta yang berada dalam keadaan baik bukan sahaja dapat membantu memanjangkan jangka hayat enjin, malah turut membantu meningkatkan kecekapan bahan bakar dan mengurangkan kadar pelepasan asap berbahaya yang boleh mencemarkan udara.

Brek dan Minyak Brek

Periksa brek dan minyak brek secara berkala untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.

Brek merupakan kompenan penting pada bahagian tayar untuk memastikan keselamatan pemandu dan penumpang semasa di jalan raya.

Jadi wajarlah untuk anda pastikan bahagian brek kereta sentiasa berfungsi dengan baik/

Spark Plug

Ganti spark plug secara berkala bagi memastikan ia berfungsi dengan lebih baik dan mengekalkan prestasi kenderaan.

Spark plug atau palam pencucuh sangat penting bagi sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan.

Palam pencucuh merupakan peralatan elektrik yang dipasang pada silinder enjin petrol yang berfungsi membakar campuran udara dan bahan api melalui bunga api elektrik.

Sekiranya palam pencucuh tidak berfungsi dengan baik, enjin akan kehilangan kuasa dan tidak dapat beroperasi pada kapasiti maksimum.

7 Tanda Spark Plug Kereta Rosak

  1. Kenderaan terasa berat semasa memecut
  2. Enjin sukar dihidupkan terutamanya pada waktu pagi
  3. Pembakaran enjin tidak sekata
  4. Penggunaan bahan api yang berlebihan
  5. Bunyi enjin lebih bising daripada biasa
  6. Ada gegaran setelah enjin dihidupkan
  7. Kuasa enjin tidak stabil

Bateri

Semak terminal bateri untuk sebarang tanda-tanda karat dan periksa takat air bateri.

Bateri kereta merupakan salah satu komponen penting dalam sistem elektrik kenderaan dan berfungsi membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin.

Selain itu, ia berfungsi menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin kereta tidak beroperasi.

Sebagai contoh: dashcam kereta untuk merekod video.

Bateri kereta perlu digantikan setiap 1-2 tahun bergantung pada jenis bateri, penjagaan dan cara penggunaannya.

Tag Berkaitan:
Kongsikan Artikel Ini di Pelbagai Medium

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

carmagnifiercross